Follow Us @shaklee.by.fizamahmod

Wednesday, April 4

Kencing manis ketika mengandung


Alhamdulillah, gembira sangat dapat tahu dah mengandung kan
Tapi..
Tetiba nurse cek darah kena plak kencing manis ketika hamil. Sebelum ni tak da pulak kencing manis 

Kenapa tetiba je ada pulak kencing manis kan.

Biasa doctor boleh detect kencing manis kita masa minum air gula tau. Sekarang ni pulak KKIA (Klinik ibu dan Anak) buat Minum gula 2 kali sepanjang kehamilan tau

Kali pertama dalam minggu ke 12 (3 bulan) dan dalam minggu ke 24 (6 bulan). Anggaran lebih kurang la

Dulu masa fiza mengandungkan si abang dah kena 2x amik darah tu. Stress mak tau.


Apa tu kencing manis ketika hamil?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Diabetes Gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

*     mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
*     membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi.

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Proses Minum Air Gula di KKIA

Bila dah masuk 3 bulan nurse akan suruh kita puasa dari 10malam sehingga ke esokan harinya, seboleh nya air masak pun tak boleh minum yer. Takut result nanti tak valid

Esoknya biasa jam 8pagi ko dah kena terpacak depan KKIA untuk serah tangan amik darah yer. Tapi mestilah ramai orang, so sila bersabar ye masa tunggu giiran ni

Bila dah amik darah, kena minum air gula segelas, “Sodap” kalu jenis yang suka manis. Tapi yang tak bestnya tak da perasa papa pun. Rasa manis gula semata .(Kalu swasta biasa bagi perasa oren, sodap la cikit kan). Sila jangan muntah ye, sebab nya nanti kena amik segelas lagi air gula yer

Kemudian kenalah tunggu selama 2 jam pulak untuk amik darah lagi selepas minum air gula tu. Dan masa ni tak boleh makan pape lagi ye. Biasa nurse pun takkan bagi kita balik atau pergi mana-mana kecuali lepak dekat KKIA tu je.

Sebab nya, diorang takut kalu kita pengsan ke, pitam ,  muntah ke. Yelh kita tak makan pape kan dengan mengandung lagi.huhu. Biasa fiza duduk tido dalam keta je sebb cik abang kita da, dia boleh tengokkan kalu tetiba kita pengsan ke kan

 Lepas 2 jam biasa dalam kol 10 bermulanya sesi amik darah kali ke2 pulak (jangan risau, tangan lain pulak). Sapa takut jarum time ni lah macam-macam ragam kak termasuk hakak ni. Huhuhu

Selesai je ko amik darah barulah boleh makan dan melantak. Tunggu pulak result dia minggu seterusnya datang temujanji lagi


Penting ke Minum Gula untuk Kencing manis?

Memang Nampak membebankan tapi bagi fiza, benda ni adalah keperluan untuk elakkan masalah kepada para ibu dan baby. Jangan lah mengeluh yer

Minum Air gula untuk cek samada ibu ada masalah kencing manis atau tidak ketika hamil. Masalah utama jika  kita hidap kencing manis ketika hamil akan berisiko buatkan babby kita jadi Terlalu besar dan akan sukarkan proses kelahiran. Biasanya akan ceasarean akan dilakukan

Selain dari tu juga, Baby akan ada masalah kesihatan seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Dan baby cenderung kepada Obesiti dan diabetis jenis 2 di masa akan datang

Semua ni dapat dikawal jika kencing manis ibu dapat dikesan dengan lebih awal dan menerima rawatan sepatutnya selain mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang


Faktor Kemungkinan penghidap kencing manis ketika hamil

Selain pemeriksaan kencing manis dengan minum air gula, Fakto ini juga mempengaruhi jika: 
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30; 
  • Anda pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih; 
  • Anda menghidapi diabetes gestasi sebelum ini; 
  • Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis); 
  • Keturunan anda mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah. 


Minum air gula memang la ada kencing manis!!!!

Masa fiza tengah tunggu giliran nak amik darah, ramai juga yang bising kata,

“Dah minum air manis, kalu cek mestilah gula tinggi dalam darah”

“Ada ke suh minum air manis time mengandung ni, gila nurse ni”

Tapi sebenarnya kita kena faham ye, pankreas kita memang mengeluarkan insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang diperlukan dan ditukar kepada tenaga dan memboleh kan gula yang tidak diperlukan segera disimpan

Sebab tu lepas 2 jam baru dia cek darah,, dalam masa 2jam seatutnya pankras kita dah boleh bertindak balas dengan jumlah gula yang kita makan tu. Memang bacaan gula dalam darah akan naik tapi masih dibawah kadar bahaya

Jika hormone insulin tidak dapat dikeluarkan dengan baik, maka adalah kencing manis tu. So memang kena rawat supaya tidak ken sebarang masalah


Macamana nak elak dari kena Kencing Manis Gestasi?

Anda boleh mengurangkan risiko menghidap diabetes gestasi dengan cara:
  • Mengamalkan diet yang seimbang yang merangkumi karbohidrat daripada bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat. 
  • Bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Banyak senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, Pilates, berenang dan berjalan. 
  • Mengawal peningkatan berat badan. 
  • Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan dan meningkatkan risiko menghidap diabetes gestasi. Ini adalah sebab yang bagus untuk berhenti. 

Boleh ke Diabetis Gestasi Di rawat?

Antara perkara yang boleh membantu untuk mengawal dan mengelak GDM semasa hamil ialah

1) Jaga Nutrisi Pemakanan 

Sebelum ini kita tahu bahawa “Kita adalah apa yang kita makan”. 
Bagi ibu hamil, ia lebih lagi: “Bayi kita makan apa yang kita makan”.

Jadi ambil kira apa yang baik untuk kita dan juga bayi bagi mengelakkan paras glukosa yang tinggi dalam darah secara berlebihan. 

Pengambilan suplemen vitamin untuk ibu hamil dan GDM turut boleh membantu mengatasi masalah ini.

2) Selalu Bersenam 

Senaman atau beraktiviti aktif secara sihat mampu merangsang tubuh untuk memanfaatkan lebih glukos. Lebih baik berbanding aktiviti pasif yang memaksa tubuh bekerja keras menghasilkan insulin untuk mengekalkan paras glukosa normal. 

Kesan sampingan kawalan glukosa ini turut membantu mengawal berat badan berlebihan ketika hamil, tidur atau rehat yang lebih berkualiti dan memperbaiki perubahan mood.

3) Kaedah Perubatan/Suntikan Insulin 


Mungkin setelah penjagaan pemakanan dan amali senaman, kita terpaksa memerlukan lebih kawalan paras glukosa dalam darah. 

Preskripsi insulin atau kaedah perubatan lain mungkin juga boleh membantu. Oleh itu, nasihat dan pantauan daripada doktor adalah amat diperlukan.

4) Mengambil supplemen yang boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah

Shaklee mempunyai produk yang dapat mengawal tahap gula dalam darah dan ianya selamat diambil oleh ibu hamil kerana sifatnya yang semulajadi dan tiada dadah atau ubat terlarang.


1) Esp


ESP Shaklee membekalkan protein berkualiti tinggi untuk keperluan kita.
Protein sangat penting untuk pembentukan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan tau! 

ESP mengandungi serbuk protein lengkap dengan asid amino (sejenis protein) yang diperlukan tubuh tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. 

1 hidangan ESP adalah bersamaan dengan
 ❤ 4 kali ganda telur ayam, 
 ❤ 6 kali ganda roti bijirin penuh
 ❤ 2 kali ganda daging 
 ❤12 kali ganda susu yang rendah indeks glisemik Indeks glisemik rendah yang membantu Kawal kadar gula dalam darah 



πŸ’‹ Rasa kenyang yang berpanjangan 
πŸ’‹ Mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan sekaligus mengelak risiko diabetis 

ESP ni buat kita rasa kenyang dan memberi tenaga lebih lama.
Rendah kalori juga. Bila kurang lapar, kuranglah nafsu makan. 

Jadi dapatlah kita yang mengandung ni kawal berat badan semasa mengandung dengan sihat kan? 

Mahu atau tidak, suka atau tidak, bakal-bakal ibu yang menghidap kencing manis mesti menjaga pemakanan ketika hamil bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kehamilan yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung. 

kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.





2) B Complex 

Vitamin penting untuk bekalan vitamin B yang lengkap beserta asid folik 
πŸ’‹  Kandungan vitamin B6 membantu mengawal loya dan alahan di awal kehamilan 
 πŸ’‹ Mengurangkan risiko kecacatan sistem saraf dan tiub neuron bayi di dalam kandungan 
πŸ’‹  Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga daripada makanan yang diambil oleh ibu hamil   
.









3) Vitalea 

Zat besi membantu meningkatkan darah kita semasa hamil
Kalau tak cukup boleh kena anemia, Bahaya tu!!!


Menurut sumber:americanpregnancy.org  :
“Pengambilan 27mg zat besi setiap hari diperlukan untuk kehamilan yang sihat.
.
Kita boleh dapatkan zat besi ini dari sumber sayuran hijau & bijiran
.
Atau makan saja vitalea shaklee untuk bekalan zat besi semasa mengandung.
Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.


4) Ostematrix 

Keperluan harian kalsium adalah sekitar 1000 miligram semasa mengandung. 
.
Kalsium membantu badan kita mengawal cecair, dan ia membantu membina tulang bayi dan pembentukan gigi.
.
Ostematrix bantu para ibu yang punyai masalah
*     πŸ’‹ pelawasan (Mudah nak berak, tak sembelit)
*     πŸ’‹ Simpul menkarung (Cramp kaki ketika hamil)
*     πŸ’‹ Sakit pinggang dan badan
*     πŸ’‹ Lesu dan tak bermaya

Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.



5) Vitamin C 


Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak

Kebaikan vitamin c untuk ibu & bayi ialah
πŸ’‹ Menggalakkan penyembuhan luka
πŸ’‹ Pertumbuhan gigi dan tulang
πŸ’‹ Dan proses metabolik. 

Pakar mengesyorkan pengambilan vitamin c sebanyak sekurang-kurangnya 85 miligram per hari.




6) Omega Guard

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang mempunyai banyak manfaat kepada pesakit kencing manis. 
.
Kajian menunjukkan omega 3 dapat meningkatkan metabolisme karbohidrat dan lemak. 
.
Keadaan ini penting bagi pesakit kencing manis supaya paras gula dan kolesterol mereka berada pada tahap terkawal. 
.
Selain itu, omega dapat mengurangkan risiko pesakit kencing manis mendapat masalah jantung.
.






Testimoni









Result Kencing Manis Fiza 


Bacaan Kencing Manis Cantik : Mengandung Mikhail 23minggu


Bacaan Kencing Manis Cantik : Mengandung Mikhail 35minggu




Bacaan Kencing Manis Cantik : Mengandung Aisya 15minggu

Bacaan Kencing Manis Cantik : Mengandung Aisya 30minggu

Kombinasi lengkap Vitalea, ESP, Vit C, B-complex, Omegaguard dan Ostematrix dalam Set Kehamilan Shaklee untuk ibu diabetis membekalkan kesemua nutrisi penting yang diperlukan untuk kesihatan ibu hamil dan tumbesaran bayi.   

Fiza sendiri memang amalkan set mengandung sepanjang kehamilan dan paling penting pemakanan seimbang ye.



Sebaiknya amalkan pemakanan yang sihat, diet seimbang dan Supplement yang diperlukan sebab badan kita semasa hamil memang memerlukan kandungan vitamin yang lebih berbanding ketika tidak hamil

Kencing manis? Tak perlu risau lagi !!!


KENAPA PERLU BELI DENGAN FIZA?
Fiza akan consult setiap pelanggan bergantung pada masalah dan keperluan. Dan fiza akan pastikan pelanggan fiza akan dapat hasilnya selepas setiap pembelian. Fiza akan cuba bantu sehingga setiap masalah selesai.


Ingin dapatkan harga PROMO dari Fiza boleh whatsapp cepat ye

Fiza Mahmod 
SMS/WhatsApp : +60133461846
Personal FB : Puan Fiza
Instagram: @byfizamahmod