Follow Us @shaklee.by.fizamahmod

Tuesday, January 9

PETUA KULIT LICIN DENGAN 7 BAHAN SEMULAJADI. TANPA BAHAN KIMIA!


Inginkan kulit cantik menawan dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah dapat dan mudah je nak buat. 

Tak perlu nak beli di farmasi kalu boleh  buat sendiri kan. Lebih jimat berbaloi




1. AIR

Percaya tak. petua kulit licin yang paling berkesan secara semulajadi adalah hanya dengan air. Min 3Liter sehari

Anda digalakkan minum air dengan banyak. Apabila badan banyak dengan cecair, ia akan membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Di samping itu, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan air dan serat.



2. JUS LEMON
Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit secara tak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit.


Petua kulit licin ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.



Caranya:
Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari.

Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.




3. BUAH TOMATO


Bertindak sebagai skin toner, ia membantu merawat jerawat, jeragat dan blemish.

Caranya:
Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.

Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.


4. MADU


Madu telah digunakan sejak sekian lama kerana khasiatnya yang pelbagai. Bukan saja boleh dimakan, ia juga elok untuk disapukan pada kulit.






Caranya:
Ambil madu dan sapu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

Campurkan sedikit madu pada putih telur dan sapu pada muka. Basuh dengan air dan pencuci muka untuk menghilangkan bau telur.

Sebelum tidur, campurkan tiga sudu madu bersama satu setengah cawan serbuk kayu manis. Sapu pada muka dan biarkan semalaman. Keesokan hari, bilas seperti biasa.


5. MINYAK TEA TREE

Antibakteria yang terkandung dalam minyak ini boleh mengurangkan parut dan jerawat.

Namun, dinasihatkan untuk mencubanya di tangan dahulu sebelum digunakan di muka kerana ada yang alergi dengan minyak ini.


Caranya:

Titiskan pada cotton swab dan sapu pada bahagian berjerawat
Sejam sebelum tidur, sapu minyak ini pada kulit dan biarkan semalaman


6. ALOE VERA

Bahan aktif dalam aloe vera terbukti berkesan merawat parut, blemish, mengurangkan kedut dan garisan di muka.

Caranya:
Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit beberapa kali seminggu


Jadikan mask dengan campurkan satu sudu gel aloe vera, dua sudu jus lemon dan satu sudu madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 15 hingga 20 minit.


AMALKAN SECARA KONSISTEN UNTUK DAPATKAN HASIL YANG CEPAT

Bahan semulajadi di atas bukan sahaja mudah didapati, tetapi juga murah.

Namun, dengan mengamalkan petua kulit licin ini, pastinya membuatkan wajah dan tubuh badan anda semakin gebu, lembut dan halus – seperti kulit bayi.

Tapi jika inginkan cara LEBIH MUDAH dan DIJAMIN SEMULAJADI boleh cube Set vitamin Kulit Shaklee yang Merawat dan baiki kulit dari Dalam.  Supaya kulit lebih sihat dan Cantik secara semulajadi


KENAPA PERLU BELI DENGAN FIZA?
Fiza akan consult setiap pelanggan bergantung pada masalah dan keperluan. Dan fiza akan pastikan pelanggan fiza akan dapat hasilnya selepas setiap pembelian. Fiza akan cuba bantu sehingga setiap masalah selesai.


Ingin dapatkan harga PROMO dari Fiza boleh whatsapp cepat ye
WhatsApp / Telegram +6013 346 1846 (Fiza Mahmod) 


Fiza Mahmod 
SMS/WhatsApp : +60133461846
Personal FB : Puan Fiza
Instagram: @cantiksihatfiza