Follow Us @shaklee.by.fizamahmod

Sunday, November 12

Resepi sambal Sotong kembang terlebih sodap

Assalamualaikum..

Harini kita masak “Sambal Sotong Kembang” sbb dah lama beli pun. Lagipun mak fiza nak datang petang nnt nak bawakkan “Pulut Kuning & Sambal Ikan Bilis”

Sebab ape mak kita bawak eh?!
Minggu lepas adik lelaki fiza yang dok tahfiz tu dah “Shahadah” dalam masa sehari tau. Dari sebelum subuh sampai jam 9 mlm selesai

Shahadah= Khatam dengan membaca alquran tanpa tgk kitab

My mum very proud.. sape tak bangga kan
Dari 10 orang anak dia, ade juga yg hafiz
Tapi harapnya berkekalan.. 

So lepas ma pergi sana, balik baru singgah rumah fiza
So berkumpul la kejap adik2 fiza semua

Korang tau tak.. fiza anak sulung dari 10 org adik beradik tau. Lain waktu kita cite ok

Panjang plak cite nya. Ok jom tgk resepi plak ye

Resepi : Sambal Sotong Kembang 

Bahan-Bahan
  1. Bawang merah - 4 biji *
  2. Bawang putih - 5 ulas *
  3. Halia - 1 inci *
  4. Cili kering - 1gengam* (direbus dahulu)
  5. Belacan - setengah inci *
  6. Sotong kembang (Direbus dahulu dan ptong)
  7. Air asam jawa (setengah mangkuk)
  8. Sos tiram - 2/3sudu
  9. Sos cili - 2sudu
  10. Gula merah - 2/3sudu
  11. Gula & garam
Cara nya
  1. Blend bahan bertanda * tu ye. 
  2. Masukkan dalam kuali dan biarkan dia kering dari air kemudian baru masuk minyak
  3. Tumis semua bahan tu sehingga garing tau ( kalu xgaring xsedap nanti)
  4. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, kacau sekejap
  5. Masukkan air asam jawa dan sotong kembang tu
  6. Biar dia reneh dgn api sederhana dalam 10ke 15 minit
  7. Masukkan garam gula dan gula merah
  8. Bila mcm dah terbit minyak baru lah tutup apinya
Nota :
~ Fiza blend dan masak dahulu bawang ,halia dan belacan baru masukkan cili kering blend
~ pastikan naik garing dulu tau baru sodap
~ Sedap pedas-pedas manis.. baru terangkat




Harap bermanfaat untuk semua tau
Nanti fiza share resepi lagi ok

Mama Fiza