Follow Us @shaklee.by.fizamahmod

Tuesday, November 14

Urut Aisya Terseliuh

6:43 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Since ahad baru ni aisya tetiba demam, sedangkan dia tengah lasak gan abang. Bangun tido petang terus demam panas

So mama just jelom kepala dengan air suam dan tarok cool fever. Dan fever temp pun xtinggi sangat.. still aisya kuat sangat menyusu. So I was sure bukan sakit tekak ni

So harini (selasa) bila kita nk dukung dia. Dia cm buat muka tahan sakit dan dia tak nak baring posisi baring menyusu sambil duduk tu. Mama sure dia terseliuh ni

Mama dok carilah dalam internet mane tukang urut yang ok sekitar kl ni.. yang ade banyak jauh jauh

Alhamdulillah dapat sorang makcik ni nama Cik cici( orang indonesia). So ni gambar masa aisya kena urut




Kesian dia sakit kena urut..

Makcik ni baru dapat menantu hari ahad tu.
Adalah menantu dia dok sebelah tu tgk aisya mengurut

Non stop dok puji si aiysa ni
Cantiklah, gebulah, comella, tinggi la .. macam-macam lagi tau

Naik geli pulak hati kita dengarkan. Tak sabar nak dapat baby la tue. Maybe xcited kan, yelah baru kawin kan
 
Mkcik tu dok kt Ampang hilir je
Nnt fiza share no tepon di ye

Mama Fiza

Monday, November 13

Resepi Ayam Panggang Terbaik !!

11:50 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Harini fiz puasa ganti plus nak rehatkan perut yang dok melantak banyak sabtu ahad baru ni

So insof kejap harini
Sahur tadi makan telur 2 biji cmpur kicap
Dan shake ESP + Oat
Air masak 1 liter setengah

Alhamdulillah.. sepanjang hari fiza tak rasa lapar langsung oke. Terkejut juga mak sebab kita ni menyusu kan.

Perut xsempat nak keroncong pun, tau tau dah berbuka. Pelik dan best rasenya

So buka tadi dok la buat ayam panggan. Kate nak menu sihat kan. Makan bersama salad hokeh

Tapi buka puasa tadi dengan 1 biji kurma, shake ESP + choc dan kurma dan 1 gelas air masak

Kemudian makan buah grape takde biji dengan buah Mata Kucing .. meowww

Minum lagi air masak 1 cawan

So baru sempat mandi dan solat, barulah makan
Tapi nasi kita xsampai segengam penuh pun. 

Ayam seketul + nasi + sayur salad dan juga segelas air masak lagi

Kte nak sihat kan. Kenalah cukupkan minum air msak . Jgn minum air manis banyak sangat

Oke lah.. meh hakak share resepi nyer

Resepi : Ayam panggang sedap

  1. Ayam - 5 /6 ketul
  2. Bawang merah* - 1 biji
  3. Bawang putih* - 3 ulas
  4. Serai* - 1 batang
  5. Halia* - setengah inci
  6. Kunyit* - 2inci
  7. Biji ketumbar*
  8. Garam*
Caranya
  1. Semua bahan diblend halus dan gaulkan dengan ayam
  2. Perapkan ayam dalam sejam
  3. Letak 1 sudu minyak granola atau olive oil, ratakan atas magic pan utk memanggang
  4. Susun ayam dalam pan, dan tutup. Masak selama 5-10 minit setiap bahagian baru balikkan
  5. Api sederhana sahajaGmbar tak cantik sbb da kena ratah.. hihi

Moga resepi ni bermanfaat yer

Salam
Mama fiza

Sunday, November 12

Resepi sambal Sotong kembang terlebih sodap

3:13 PM 0 Comments
Assalamualaikum..

Harini kita masak “Sambal Sotong Kembang” sbb dah lama beli pun. Lagipun mak fiza nak datang petang nnt nak bawakkan “Pulut Kuning & Sambal Ikan Bilis”

Sebab ape mak kita bawak eh?!
Minggu lepas adik lelaki fiza yang dok tahfiz tu dah “Shahadah” dalam masa sehari tau. Dari sebelum subuh sampai jam 9 mlm selesai

Shahadah= Khatam dengan membaca alquran tanpa tgk kitab

My mum very proud.. sape tak bangga kan
Dari 10 orang anak dia, ade juga yg hafiz
Tapi harapnya berkekalan.. 

So lepas ma pergi sana, balik baru singgah rumah fiza
So berkumpul la kejap adik2 fiza semua

Korang tau tak.. fiza anak sulung dari 10 org adik beradik tau. Lain waktu kita cite ok

Panjang plak cite nya. Ok jom tgk resepi plak ye

Resepi : Sambal Sotong Kembang 

Bahan-Bahan
  1. Bawang merah - 4 biji *
  2. Bawang putih - 5 ulas *
  3. Halia - 1 inci *
  4. Cili kering - 1gengam* (direbus dahulu)
  5. Belacan - setengah inci *
  6. Sotong kembang (Direbus dahulu dan ptong)
  7. Air asam jawa (setengah mangkuk)
  8. Sos tiram - 2/3sudu
  9. Sos cili - 2sudu
  10. Gula merah - 2/3sudu
  11. Gula & garam
Cara nya
  1. Blend bahan bertanda * tu ye. 
  2. Masukkan dalam kuali dan biarkan dia kering dari air kemudian baru masuk minyak
  3. Tumis semua bahan tu sehingga garing tau ( kalu xgaring xsedap nanti)
  4. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, kacau sekejap
  5. Masukkan air asam jawa dan sotong kembang tu
  6. Biar dia reneh dgn api sederhana dalam 10ke 15 minit
  7. Masukkan garam gula dan gula merah
  8. Bila mcm dah terbit minyak baru lah tutup apinya
Nota :
~ Fiza blend dan masak dahulu bawang ,halia dan belacan baru masukkan cili kering blend
~ pastikan naik garing dulu tau baru sodap
~ Sedap pedas-pedas manis.. baru terangkat




Harap bermanfaat untuk semua tau
Nanti fiza share resepi lagi ok

Mama Fiza

Saturday, November 11

Wan Emon sembuh dengan Vivix

10:09 PM 0 Comments
Alhamdulillah..

Wan emon @ uwan ni nenek kepada husband fiza
Nenek belah mak . Dok kat Sri menanti Nogori 9
Umor dah 80tahun lebih tau


Naik kerusi roda kat klinik sbb kaki bengkak sangat

Sebulan lepas Uwan call kate Bengkak kaki dah dekat seminggu lebih.. tak nak surut

Kedua belah kaki jadi berat sangat. Bila pegang jadi tegang sgt dan keras tau. Jadi terik la orang kate

Tapi tak sakit, sampaikan dia larat nk jalan sebb kaki dia berat. 

Memandangkan takda sesapa leh jaga kat kg, maka kami bawak balik utk jaga Uwan. Alhamdulillah dia nak , sebab biasanya dia menolak

Kami checkup kat hospital dan makan ubat . Doktor kate uwan xda sakit ape2 based pd ujian dibuat. Result semua cantik

Ujian Air kencing, Darah, Jantung dan juga Xtray
Semua ni dalam satu tempat dan setel dalam masa 1 jam je tau..

Kitorang checkup kat Klinik Kesihatan Kuala Lumpur 
Best tempat nya.. luas dan selesa sangat tau

Kredit : google image

So doktor just bagi ubat buang air dari kaki sahaja. Tapi lambat sangat.

So kami belikan vivix utk Uwan. 
Makan sehari hanya 1 kali je sudu kecik tau



Sudu kecil je tau.. Bangun tidur je terus makan satu sudu kecil kfc tu.

Alhamdulilah.. kesan dia cepat juga. Kaki uwan dah makin hilang airny

Dan badan dia makin ringan katenya. Kencing manis ? Darah tinggi? Semua ok tau

Uwan dok sorang kat kg. So dia sangat perlukan suplement sihat utk kekal sihat 

Kate sayang orang tua. Takkan suplmnt terbaik kotng tak leh korbankan ye tak?

Mama Fiza



Wedding Anniversary ke 5

6:14 PM 0 Comments
Bismillah..

Semalam jatuh nya ulang tahun perkahwinan kami yang ke 5

Kejap nye masa berlalu kan
Anak pun dah 2 orang sepasang






Tapi kan..

Kami terlupa tarikh wedding ni
Fiza teringat pun sebab tgk si Fizo & Mawar celebrate tarikh yg sama 10/ 11/ 13

Eh.. kami kawin tarikh 10/11/12
Haha..

So no flower or present what so ever coz laki den ni bukan jenis romantik pun

Geram tau.. kekadg teringin gak kan
Tapi nak buat cmno.. dah dia mmg peel gitu

Tapi esoknya planning nk makan kat BBQ Lamb Kemensah.. cm best. Sekali ko.. penuh giler

Pegilah makan kat Papa chop je pastu Beli Durian Musang Queen bukan king tau. Haha


Beli 3 bekas rm100. 1 simpan malam plak
Anak bujang kami hantu durian tau


Boleh la sayang
I sayang U

Yang penting hidup kita berkat je
Xsusahkan hidup orang
Anak-anak dan keluarga semua sihat

So korang, doakan kami yer

Mama Fiza