Follow Us @shaklee.by.fizamahmod

Monday, April 6

Apa Nak Buat Jika Tiada Susu Masa Hari Pertama Susukan Bayi?

Tengok ramai orang ada baby rasa teringin pula nak baby. Wah statement kontroversi ni. Tak payah nak sekarang lah, dari dulu pun memang baby ni selalu di “adore” oleh ramai orang. Apatah lagi baby artis yang selalu menjadi tumpuan ramai.
Tapi bagaimana dengan ibu yang berhasrat mahu susukan bayi mereka sedari hari pertama bayi lahir ke dunia? Ibu muda biasanya sangat perlukan support untuk bantu mereka meneruskan penyusuan susu ibu. Papa jangan lupa support tau!

Pertama Kali Susukan Bayi

Bila agaknya patut ibu mulakan susukan bayinya? Selepas je lahir, bayi dibersihkan dan bermulalah tugas kita sebagai ibu. Ingat, susukan bayi segera mungkin. Ini kerana masa ni adalah masa yang sangat berharga kerana dua perkara:
  1. Adanya cecair emas yang keluar melalui payudara ibu. Apakah cecair emas ini? Ianya adalah kolostrum yang kaya dengan segala zat karbohidrat, protein dan juga antibodi. Inilah istimewanya susu ibu kerana mengandungi antibodi yang tak mungkin dapat diperoleh dalam susu tepung.Tidakkah kita rasa rugi jika membiarkan cecair emas ini terbiar atau tak digunakan?
  2. Susukan bayi kali pertama kerana untuk mewujudkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi. Ia akan mengeratkan “bonding” antara mereka. Yelah takkan kita nak bayi tu “bonding” dengan baby cot je kan. Pastilah nak “bonding” ini yang tidak boleh diperolehi oleh mereka yang memberikan susu botol kepada bayi.
tips susukan bayi kali pertamaKolostrum
Kenapa kolostrum ni sangat popular dan sangat disayangi semua? Kolostrum ni berwarna kuning dan pekat dan likat. Inilah sebenarnya cecair yang patut pertama kali masuk ke dalam perut bayi.
Kerana selain karbohidrat dan protein, antibodinya sangat baik pada bayi. Sebab itu ramai bayi yang pramatang sangat digalakkan untuk diberi susu ibu iaitu kolostrum ni jangan sampai terlepas. Sebab bayi pramatang lebih mudah terkena jangkitan. Bayi biasa pun digalakkan juga, pendek kata semua bayi lah.
Kolostrum ni sikit je keluarnya, mungkin sebanyak satu sudu kecil sahaja tapi khasiatnya hebat. Ia sangat mudah dihadam oleh perut bayi. Salah satu manfaat menarik kolostrum ni juga adalah bantu bayi membuang dengan lebih mudah, kerana ia berfungsi sebagai “laxatif” iaitu agen bantu pembuangan.
Sebab itulah bayi yang mengalami masalah kuning juga digalakkan untuk disusukan dengan kerap bagi membolehkan “bilirubin” dibuang dari badan bayi.
kolostrum dalam susu ibu
    kolostrum vs susu ibu

Apa Nak Buat Jika Tiada Susu Masa Hari Pertama Susukan Bayi?

Pertama sekali sudah tentu bertenang adalah perkara nombor satu.
Perlu difahami semasa hari pertama, susu badan anda tidaklah boleh menjadi banyak mendadak kerana badan sedang dalam tempoh menyusuaikan diri dengan perubahan hormon.
Apa yang anda lihat hanyalah kolstrum yang sangat sedikit itu. Bolehkah bayi anda kenyang?
Ye boleh kerana perut bayi semasa ini hanya perlukan sangat sedikit jumlah susu. Anda boleh rujuk rajah di bawah.
Ok dah rasa tenangkan, di hari-hari terawal kelahiran bayi anda menangis bukanlah sebab perlukan susu kerana jumlah ini telah pun memenuhi keperluan harian mereka. Jangan risau ye ibu-ibu.
Ramai ibu akan mula surrender atau putus asa di awal waktu ini kerana silap faham tentang ini. Rasa tertekan tidak boleh menghasilkan susu yang banyak sedangkan ia adalah NORMAL.
Apa yang anda perlu buat adalah teruskan merangsang pengeluaran susu badan dengan kerap susukan bayi anda mengikut rentak mereka.
Berapa kerap nak susukan bayi? Ikut pada rentak bayi. Biasanya waktu ini meraka hampir pasti nak menyusu je tak kira masa. Jadi berikan sahaja kerana ia boleh merangsang dan menambahkan lagi susu untuk hari-hari mendatang.
Tapi jika bayi anda menghadapi masalah tidak mahu menyusu contohnya, pastikan setiap 2 jam sekali anda kena kosongkan payudara, tidak mengira samada secara penyusuan terus atau pun secara pam.

Mengetahui Konsep Demand & Supply

Perlu dan amat penting ibu semua mengetahui konsep ini. Jika tidak memahami konsep demand & supply inilah yang menyebabkan ibu tewas dalam misi menyusukan anak. Kerana banyak silap faham yang mungkin berlaku sepanjang tempoh menyusukan.
Mak Jemah pernah mengalami peristiwa ini. Masa tu baru dapat anak pertama jadi memang teruja sangat nak susukan anak dengan susu ibu. Masa masih dalam kandungan lagi berazam nak susukan bayi.
Tapi sayangnya ilmu Mak Jemah tentang penyusuan amatlah cetek waktu itu. Ingatkan benda perkara menyusu ni adalah satu perkara semulajadi yang bila melahirkan anak sudah pasti akan automatik pandai dan tahu semua, dan juga susu juga tiada masalah.
Rupanya Mak Jemah silap, kerana sikap terlalu yakin maka Mak Jemah lupa bahawa adaanya konsep ini. Akibat dari ceteknya ilmu masa tu, Mak Jemah menjadi sangat stress dengan keadaan pengeluaran susu badan.
Boleh Mak Jemah bayangkan yang susu badan mesti banyak hingga boleh dipam berbotol-botol waktu awal kelahiran.
Sayang seribu kali sayang, disebabkan rasa tekanan dengan keadaan susu, maka masa tu Mak Jemah mula mencampurkan susu formula dalam penyusuan kerana rasa mesti baby tak cukup susu ni. Mak Jemah taktau masa tu yang itu adalah BIG NO!
Perbuatan mencampurkan susu formula di awal penyusuan boleh menyebabkan kesan buruk lain lagi iaitu Mak Jemah akan terus kehilangan susu…
Makanya sebab peristiwa itu, Mak Jemah telah tewas dan hanya sempat susukan anak semasa tempoh berpantang sahaja, tidak dapat nak teruskan hajat sehingga anak berumur dua tahun. Apa pun Mak Jemah belajar dari kesilapan itu, Mak Jemah bangkit belajar dan cari ilmu penyusuan dan akhirnya berjaya semasa menyusukan anak kedua.
kaedah supply & demand untuk penyusuan ibu

Konsep Demand & Supply
Paling mudah nak difahami adalah, semakin kerap anda susukan bayi, maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Bila ada permintaan maka sudah pasti ada pengeluaran kan. Maka sebab itu konsep ni kena disemat dalam sanubari. Maknanya kita kena susukan anak sekerap mungkin maka sudah pasti pengeluaran susu juga akan menjadi semakin meningkat.
Kenapa bila semakin kerap menyusu, semakin banyak pula susu bertambah? Ini kerana bila anda menyusukan bayi anda, anda telah mengosongkan payudara anda. Dan bila payudara ini dikosongkan, signal ke otak akan menyatakan yang susu dah habis, kena ganti balik ni! Jadi susu baru akan dihasilkan menggantikan yang dah habis tadi.
Jika kita kurang menyusukan bayi, nak tunggu rasa breast penuh baru nak susukan, signal ke otak akan menyatakan ok takpe susu dah cukup ni, tidak perlu keluarkan dengan lebih kerap. Maka semakin lama, kita akan merasakan susu badan akan semakin kurang. Dan akhirnya membuatkan kita putus asa dan tewas dalam perjalanan perjuangan menyusukan anak.

Bantuan Vitamin Semasa Penyusuan

Perlu diingat yang makanlah apa sahaja pun jika tidak memahami konsep demand & supply tadi maka ia tidak akan memberi makna.
Jika sudah memahami konsep itu barulah kita boleh mencuba mengambil supplement untuk kesihatan diri dan juga secara tak langsung boleh tingkatkan keupayaan untuk pengeluaran susu lebih lancar.
Saya tak fikir ini adalah produk magic tapi set menyusu ini  amat serasi dengan fiza kerana fungsi-fungsi tersendiri yang Mak Jemah dah rasa, syukur.
Fiza Mahmod
Shaklee Independent Distributor