Follow Us @shaklee.by.fizamahmod

Friday, April 10

7 Tips MilkBooster Terbaik



Assalamualaikum

Sudah menjadi lumrah bagi ibu yang menyusukan anak menyimpan impian untuk menyusukan sehingga anak berusia 2 Tahun. Namun ada yang tersungkur ditengah jalan kerana perjalanan menyusukan itu bukanlah semudah yang disangka.

Bersyukurlah wahai ibu yang memang dikurniakan rezeki susu yang banyak, jangan dipandang serong kepada ibu-ibu yang tak mampu untuk menyusukan anak sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui.

Alhamdulillah, Fiza dari golongan ibu-ibu yang banyak susu. Tapi Zarith sentiasa berusaha untuk memastikan misi menyusukan berjaya.

Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan. Fiza cuba sedaya upaya mengambil makanan yang boleh membanyakkan susu ibu, dan berpantang dengan makanan yang menjadi taboo bagi ibu yang menyusukan.



7 Milkbooster Terbaik Untuk Fiza

Madu
Minum segelas air suam yang dicampurkan dengan madu dan diminum semasa perut kosong

Kurma
Makan sekurang-kurangnya 7 biji sehari, kalau boleh carik la kurma yang tidak bersira


Habbatussauda
Makan sebiji kapsul selepas setengah jam minum madu dan sebiji lagi sebelum tidur
Horlicks
Fiza tak minum setiap hari tapi selang kan dengan minum susu.
Oat
Bila waktu malam terasa lapar, oat lah makanan yang dicari.

Fenugreek/Halba
Halba bukan sahaja dijadikan perasa dalam masakan tapi juga sangat bagus untuk banyakkan susu. Rendam 1 sudu besar halba ke dalam air suam, tunggu sehingga 15-20 minit, minum air rendaman tersebut


Supplement
Fiza memang ambil Vitalea, B-complex, Vitamin-C, Ostematrix, ESP dan juga Alfalfa. Supplement ni bertindak untuk menjaga kesihatan Fiza secara optimum, kurangkan keletihan, kurangkan stress, dan yang penting bila semua terkawal, susu pon meriah.

Yang paling penting, ibu sekalian kena sentiasa ingat konsep Demand VS Supply tu ye. Jangan dok pulun makan milkbooster tapi mengapam culas, tak berdisiplin. Harapkan anak menyusu jek pada waktu malam. Tak jadi jugak. Air suam kena minum banyak. 3 -4 liter sehari. Always think positif ye =)