Follow Us @shaklee.by.fizamahmod

Thursday, April 9

10 tips hilangkan mual dan loya ketika hamil



Assalamualaikum
Tahniah! Anda Disahkan Hamil!



Petua Hilangkan Loya dan Mual Ketika Mengandung: Adik Fiza mengandung anak kedua, dan seperti kandungan sebelum ni.. TERUK SANGAT..

Mabuk sampai tak boleh bau ape apa sepanjang 15minggu kehamilan. Dan sepanjang itu juga dia telah masuk wad 4kali.. Untuk kehamilan kedua ni dah 10minggu dan baru sekali masuk wad..alhamdulillah ok cikit dari yg first pregnancy.

So inilah antara petua yang akan diusulkan an di peraktikkan. ada yg ok dan ada juga yg tak ngam dgn badan.. Lain badan lain rasenya.


.
Lemon


Lemon mempunyai kuasa penenang yang semulajadi. Sama ada perah sedikit jus lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk dan minum, ataupun memadai dengan menghidu hirisan lemon yang segar.


Halia


Halia dihiris tipis dan masukkan ke dalam segelas air panas dan diminum.

Peppermint


Buat teh peppermint dengan menambahkan daun peppermint ke dalam secawan air suam dan biarkan seketika. Barulah diminum. Ataupon boleh ambil Peppermint-Ginger Plus

Vitamin B6


Kajian menunjukkan dengan pengambilan Vitamin B6 ini boleh mengurangkan rasa mual dan loya. Cadangan pengambilan adalah sebanyak 10-25miligram tiga kali sehari dan tidak melebihi 75miligram sehari.

Makan Kerap Tapi Dengan Kuantiti Yang Sedikit


Jangan biarkan perut kosong. Nanti kita dan baby tak sihat. Makan siki-sikit dan perlahan-perlahan.

Banyakkan Minum Air


Yang penting keep hydrated. Kurang minum air juga boleh menyebabkan rasa morning sickness tu bertambah teruk

Selalu Isi Perut Dengan Biskut



Zarith memang sentiasa standby biskut, dalam bag dan juga tepi katil. Tak kesah apa jenis biskut asalkan kita lalu nak makan

Makan Makanan Yang Kurang Menarik


Masa morning sickness, makanan yang jadi kegemaran kita pon kadang-kadang nak tengok pon tak boleh. Masa nilah kita sepatutnya kurangkan makan makanan pedas, berminyak dan berasid. Cuba makan makanan BRAT Diet

Makan Karbohidrat


Ramai berpendapat makan makanan tinggi karbohidrat akan mengurangkan morning sickness tapi jangan berlebihan tau! Nanti gemuk sangat pulak, HEHE.

Makan Makanan Tinggi Protein


Cubalah cari makanan yang tinggi protein yang bersesuaian dengan diri kita. Contohnya telur hancur ke, peanut butter ke,ESP ke.

Yang penting jaga kesihatan diri sendiri dan baby dalam kandungan. Asam jeruk semua kalau boleh elakkan lah. Tapi kalau dah teruk sangat silalah dapatkan nasihat doctor ye. Selain itu, ibu-ibu hendaklah menjaga diet yang sihat. 



Enjoy each dan every moment of your pregnancy =)