Follow Us @shaklee.by.fizamahmod

Friday, April 17

8 tip mudahnya bersalin

6:39 AM 0 Comments

Hai Mama dan Bakal Mama

Masa fiza mengandungkan Mikhail memang dok mencari cari lah cara nak mudah bersalin. Takutnya nak bertarung nyawa tue kan.

Tak kira kompikasi lain lagi. Allahu
Moga Allah memudah kan kita untuk bersalin nanti kan

Ini 9 tips yang Fiza dapat kumpulkan

1. Minta Maaf Terutama kepada Suami
Setiap kali sebelum tidur, salam dan cium tangan suami mintak maaf atas kesalahan yang kita sedar atau tidak. 

Almaklum lah ibu hamil ni emosi terlebih, ada je yang tak kena pada pandangannya.Termarah atau terguriskan hati tanpa sedar ke kan. Takut terdetik hati suami perasaan marah atau geram.


2. Minta Maaf kepada Ibu Bapa dan oraang Terdekat
Selalulah bertanya khabar dan minta maaf kepada mereka selalu. Kekadang kepada mereka kita mungkin ada termarah atau terbuat mereka terasa hati kan.

Doa dan restu mereka sangat penting tau bukan sahaja untuk memudahkan bersalin je tapi dalam kehidupan harian kita. Berkat..Insya allah

3. Amalkan Membaca Al-Quran
Tak semestinya baca surah yusuf atau maryam semata mata. Tapi orang kate jika baca Surah Maryam akan memudah kan bersalin dan anak jadi COMEL. Insya allah

Tapi yang paling penting adalah anak kita sentiasa sihat kan.
Tak dapat baca selalu, rajin rajinkan pasang dalam telephone supaya anak dalam perut pun tenang dengan alunan suci Al-Quran

4. Amalkan Zikir Nabi Yunus semasa baginda di dalam Perut ikan Paus
Bacalah zikir ni sentiasa dari mula terasa kontraksi (contraction)
Dalam bilik bersalin pun memang dia dah siap tampal kat dinding tau. Insya allah banyak membantu

5. anyakkan Bergerak
Ibu hamil memang kena berehat tapi tidaklahh terbaring selalu tau. Tak berapa bagus tu
Kena berjalan selalu walau pun sekejap. 

Tapi bila dah dekat due tu berjalan la selalu. perlahan lahan pun tak pa. 
Kalu omputeh diaorang menri terus dalam bilik bersalin tu. 
Kang ko menari , mengucap pulak misi tu kan. hihi

6. Senaman Ibu Hamil
Selain berjalan tu boleh buat senaman antara nya yang guna bola besar tu dan Perineum Massage yang dapat kurangkan koyakkan semasa bersalin
(Hospital Ampang ada  buat kelas ni percuma je tapi sangat limited, sebab dia buat Satu hari dihujung bulan, boleh cepat-cepat booking yer. Free je mummy)

7. Pastikan anda makan
Pabila dah start sakit contraction atau tanda kelahiran dah mai. Jangan lupa makan dan mimum walu sedikit untuk beri tenaga nanti.

Kalu tak , cmana ada tenaga nak teran. Kalu dok dalam labour room tu kejap je takpe. Kalu lama camana

Macam fiza sendiri memang fiza telan ESP Shaklee je sebab dah tak lalu nak makan benda lain. ESP ni dah cukup nak bagi tenaga  lebih lama pada kita. My own experience


8. Sokongan dari pasangan
Jika suami boleh  masuk sekali, suh dia urut urut dan bagi kata semangat . Lebih baik jika dia dok baca sekali zikir dengan kita.



Ini antara tips yang boleh kita  buat
Ada kawan saya bersalin di PRIVTE HOSPITAL tapi memnag buat dia fobia. Layana dia dan dia kena Forcep. Memang banyak giler kena jahit

Bagi fiza bersalin ni ikut rezeki masing-masing. Ada yang dapat mudah sangat melahirkan anak, ada juga yang sukar. Yang paling penting, jaga kesihatan kita selepas melahirkan tu.

 Urat-urat dah putus, darah pon  banyak yang hilang. Dengan luka dan jahitan lagi. Dengan nak jaga baby dan juga jaga diri.

 Ibu-ibu kena kuat tau!

Untuk kesejahteraan ibu dan anak juga. Fiza pilih Set Berpantang Shaklee .
Memang berkesan untuk tenaga, Untuk kurus, untuk cantik dan untuk Meriahkan susu badan

Ibu-ibu pula bagaimana?






JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
๐Ÿ’‹ Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
๐Ÿ’‹ Semulajadi
๐Ÿ’‹ Berkesan
๐Ÿ’‹ Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
๐Ÿ’‹ Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.

MENGAPA SAYA?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.


NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
๐Ÿ’‹ Belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
๐Ÿ’‹ Belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1256106)
Hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram +6013 346 1846 (Fiza Mahmod) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya





Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? 
Klik imej dibawah.




Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat.

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain?
Jom sertai team business kami,  yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.


Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Fiza
Hubungi Fiza untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 

Rakan Shaklee Anda
Fiza Mahmod 
SMS/WhatsApp : +60133461846
Personal FB : Puan Fiza

Instagram: @cantiksihatfiza

Friday, April 10

7 Tips MilkBooster Terbaik

12:00 PM 0 Comments


Assalamualaikum

Sudah menjadi lumrah bagi ibu yang menyusukan anak menyimpan impian untuk menyusukan sehingga anak berusia 2 Tahun. Namun ada yang tersungkur ditengah jalan kerana perjalanan menyusukan itu bukanlah semudah yang disangka.

Bersyukurlah wahai ibu yang memang dikurniakan rezeki susu yang banyak, jangan dipandang serong kepada ibu-ibu yang tak mampu untuk menyusukan anak sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui.

Alhamdulillah, Fiza dari golongan ibu-ibu yang banyak susu. Tapi Zarith sentiasa berusaha untuk memastikan misi menyusukan berjaya.

Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan. Fiza cuba sedaya upaya mengambil makanan yang boleh membanyakkan susu ibu, dan berpantang dengan makanan yang menjadi taboo bagi ibu yang menyusukan.



7 Milkbooster Terbaik Untuk Fiza

Madu
Minum segelas air suam yang dicampurkan dengan madu dan diminum semasa perut kosong

Kurma
Makan sekurang-kurangnya 7 biji sehari, kalau boleh carik la kurma yang tidak bersira


Habbatussauda
Makan sebiji kapsul selepas setengah jam minum madu dan sebiji lagi sebelum tidur
Horlicks
Fiza tak minum setiap hari tapi selang kan dengan minum susu.
Oat
Bila waktu malam terasa lapar, oat lah makanan yang dicari.

Fenugreek/Halba
Halba bukan sahaja dijadikan perasa dalam masakan tapi juga sangat bagus untuk banyakkan susu. Rendam 1 sudu besar halba ke dalam air suam, tunggu sehingga 15-20 minit, minum air rendaman tersebut


Supplement
Fiza memang ambil Vitalea, B-complex, Vitamin-C, Ostematrix, ESP dan juga Alfalfa. Supplement ni bertindak untuk menjaga kesihatan Fiza secara optimum, kurangkan keletihan, kurangkan stress, dan yang penting bila semua terkawal, susu pon meriah.

Yang paling penting, ibu sekalian kena sentiasa ingat konsep Demand VS Supply tu ye. Jangan dok pulun makan milkbooster tapi mengapam culas, tak berdisiplin. Harapkan anak menyusu jek pada waktu malam. Tak jadi jugak. Air suam kena minum banyak. 3 -4 liter sehari. Always think positif ye =)


Thursday, April 9

10 tips hilangkan mual dan loya ketika hamil

5:58 PM 0 Comments


Assalamualaikum
Tahniah! Anda Disahkan Hamil!



Petua Hilangkan Loya dan Mual Ketika Mengandung: Adik Fiza mengandung anak kedua, dan seperti kandungan sebelum ni.. TERUK SANGAT..

Mabuk sampai tak boleh bau ape apa sepanjang 15minggu kehamilan. Dan sepanjang itu juga dia telah masuk wad 4kali.. Untuk kehamilan kedua ni dah 10minggu dan baru sekali masuk wad..alhamdulillah ok cikit dari yg first pregnancy.

So inilah antara petua yang akan diusulkan an di peraktikkan. ada yg ok dan ada juga yg tak ngam dgn badan.. Lain badan lain rasenya.


.
Lemon


Lemon mempunyai kuasa penenang yang semulajadi. Sama ada perah sedikit jus lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk dan minum, ataupun memadai dengan menghidu hirisan lemon yang segar.


Halia


Halia dihiris tipis dan masukkan ke dalam segelas air panas dan diminum.

Peppermint


Buat teh peppermint dengan menambahkan daun peppermint ke dalam secawan air suam dan biarkan seketika. Barulah diminum. Ataupon boleh ambil Peppermint-Ginger Plus

Vitamin B6


Kajian menunjukkan dengan pengambilan Vitamin B6 ini boleh mengurangkan rasa mual dan loya. Cadangan pengambilan adalah sebanyak 10-25miligram tiga kali sehari dan tidak melebihi 75miligram sehari.

Makan Kerap Tapi Dengan Kuantiti Yang Sedikit


Jangan biarkan perut kosong. Nanti kita dan baby tak sihat. Makan siki-sikit dan perlahan-perlahan.

Banyakkan Minum Air


Yang penting keep hydrated. Kurang minum air juga boleh menyebabkan rasa morning sickness tu bertambah teruk

Selalu Isi Perut Dengan Biskut



Zarith memang sentiasa standby biskut, dalam bag dan juga tepi katil. Tak kesah apa jenis biskut asalkan kita lalu nak makan

Makan Makanan Yang Kurang Menarik


Masa morning sickness, makanan yang jadi kegemaran kita pon kadang-kadang nak tengok pon tak boleh. Masa nilah kita sepatutnya kurangkan makan makanan pedas, berminyak dan berasid. Cuba makan makanan BRAT Diet

Makan Karbohidrat


Ramai berpendapat makan makanan tinggi karbohidrat akan mengurangkan morning sickness tapi jangan berlebihan tau! Nanti gemuk sangat pulak, HEHE.

Makan Makanan Tinggi Protein


Cubalah cari makanan yang tinggi protein yang bersesuaian dengan diri kita. Contohnya telur hancur ke, peanut butter ke,ESP ke.

Yang penting jaga kesihatan diri sendiri dan baby dalam kandungan. Asam jeruk semua kalau boleh elakkan lah. Tapi kalau dah teruk sangat silalah dapatkan nasihat doctor ye. Selain itu, ibu-ibu hendaklah menjaga diet yang sihat. 



Enjoy each dan every moment of your pregnancy =)


Wednesday, April 8

10 CARA UNTUK KURUSKAN/MENGURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT!!

9:07 PM 0 Comments

Kesihatan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Menurut kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga kini hampir 60% rakyat Malaysia ialah dari golongan yang obesiti atau berat badan berlebihan. Kita perlu memupuk gaya hidup yang sihat agar masalah ini dapat diselesaikan.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang dapat dipraktikkan untuk mendapatkan berat badan yang ideal atau kuruskan badan dengan cepat. Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk menguruskan badan dengan cepat :-

1. Mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi.

Makan nasi sekali dalam sehari sudah memadai untuk keperluan tubuh kita. Kadar pengambilan juga perlu sederhana tidak terlalu sedikit atau banyak.

2. Memperbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
Kandungan serat atau fiber di dalamnya dapat melancarkan sistem kumuh badan manusia. Paling penting serat tidak dapat menggemukkan.

3. Sarapan di awal pagi dengan meminum kopi atau jus buah-buahan.

Lemak di dalam badan akan lebih mudah terbakar dengan meminum kopi.

4. Jangan amalkan memakan jajan atau snek di waktu malam sebelum tidur.
Badan akan menyimpan lemak ketika waktu malam, lebih-lebih lagi waktu tidur kerana tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan semasa tidur.

5. Berhenti atau kurangkan meminum air berkarbornat.


Ini adalah kerana kandungan gas yang terdapat di dalam air itu mengembungkan perut. Ini akan mengakibatkan reaksi emosi yang mendorong kita untuk makan.

6. Amalkan meminum teh hijau ( Green tea ) setiap kali selepas makan.
Ini dapat membantu pembakaran lemak.

7. Ketika bangun tidur amalkan cara dengan bangun secara bangkit tubi ( Sit up ).

Duduk tenang dalam 30 saat kemudian teruskan dengan senaman bangkit tubi 10 kali sebanyak 3-5 set. Amalan ini dapat memecahkan lemak dengan pantas di bahagian perut ( Tummy ).

8. Lompat bintang ( Star jump ). 
Iaitu sebanyak 20 hingga 25 kali setiap jam.

9. Banyakkan meminum air limau ais.

Air sejuk memaksa tubuh kita membakar lebih kalori.

10.Berjalan atau mendaki selama 10 hingga 15 minit selepas makan.
Ia dapat membakar sukurang-kurangnya 100 kalori.


Kaedah-kaedah tersebut adalah cara paling mudah untuk menguruskan badan, tidak perlu berdiet dan bersenam dengan teruk.


Makanan Yang Perlu Elak Ketika Menyusu Demi Anak Anda

7:00 AM 0 Comments

Sekiranya anda seorang ibu yang menyusukan bayi, perlu diingat bahawa apa yang dimakan akan turut dinikmati oleh bayi. Oleh itu ibu mestilah prihatin dengan pengambilan makanan mereka kerana dibimbangi makanan yang tidak berkhasiat akan mempengaruhi kesihatan bayi. Bahkan ada makanan yang kurang baik boleh menyebabkan reaksi alergi dan pencernaan kepada bayi.
 Sebaiknya buat satu jadual makanan yang elok dimakan dan yang perlu dielakkan, dan ditampal di kawasan dapur agar memudahkan anda. Berikut adalah makanan yang harus dielakkan oleh ibu menyusu

Makanan berkafein
Seeloknya elakan terus daripada menjamah makanan ini tetapi jika anda seorang penggemar kopi, mungkin boleh mengurangkan pengambilannya setiap hari. Pengambilan makanan/minuman mengandungi kafein yang banyak akan membuatkan bayi anda sukar tidur dan mudah meragam.
 
Bawang putih
Bawang putih memang ramuan untuk menyedapkan masakan tetapi jika terlalu banyak dimakan boleh mempengaruhi bau dan rasa susu anda. Tentu anda perasan kadang kala bayi seolah-olah menolak dan enggan minum susu anda. Mungkin dia tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat. Sudah tentu ia mengganggu kelancaran proses penyusuan susu badan secara eksklusif.
 
Buah masam
Bagi ibu yang menggemari buah-buahan masam, lupakan seketika kegemaran anda jika mahu berjaya  menyusukan bayi tanpa gangguan. Jeruk, lemon, mangga muda dan asam segera tidak elok untuk penghasilan susu yang berkualiti. Biasanya rasa asam tersebut boleh mempengaruhi perut bayi.

Kekacang
Kekacang dikatakan menjadi makanan punca alergi. Sekiranya ibu yang menyusukan bayi terlalu banyak makan kacang, tidak mustahil bayinya akan terkena masalah alergi. Oleh itu sebaiknya elakkan daripada mengudap kekacang. Seeloknya makan makanan yang kaya dengan khasiat serta boleh membanyakkan penghasilan susu seperti kismis, kurma, apricot dan bermacam lagi.

Monday, April 6

Tips Atasi Morning Sickness!!! Jgn Menangis Wahai Ibu..

1:47 AM 0 Comments
Namanya sahaja morning sickness tapi ada ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang hari! Bukan sahaja pagi malah petang dan malam. Seksanya hadapi morning sickness ni tambahan lagi sebab segalanya jadi serba tak kena. Rehat salah, tak rehat lagilah salah.
Morning sickness ni adalah rasa loya, mual yang berlaku pada 1/3 dari ibu mengandung terutama di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama dan mula berkurangan apabila masuk trimester seterusnya. Tetapi jika masalah morning sickness ini terlalu teruk, ia boleh pula mengundang HYPEREMESIS GRAVIDARUM. Nanti Mak Jemah ceritakan apakah dia hyperemesis gravidarum.
Masalah morning sickness ini boleh bermula dari minggu keenam kehamilan ataupun boleh juga berlaku seawal minggu keempat dan akan semakin kuat dirasai untuk bulan seterusnya. Apa yang Mak Jemah boleh cakap adalah bersabarlah kerana ianya insyaAllah akan berakhir dan lepas tu mulalah fasa anda merasakan keindahan kehamilan.

Apakah Penyebab Morning Sickness

Tiada sebab yang specific yang boleh mengaitkan kenapa ‘morning sickness’ ini berlaku. Tapi sebab-sebab berikut boleh dikaitkan dengan ‘morning sickness':
1. Kehadiran hormon hcG (Human chorionic gonadotropin)
Hormon ini meningkat dengan cepatnya di awal kehamilan. Dengan peningkatan hcG ini dikaitkan dengan rasa pening dan muntah-muntah di kalangan ibu mengandung.
2. Peningkatan hormon Estrogen pada awal kehamilan.
3. Semasa hamil, deria rasa dan bau ibu menjadi lebih sensitif. Mungkin dengan sebab itu bau-bau yang biasanya ok sebelum ni menjadi satu bau yang tidak boleh diterima oleh ibu tersebut.
4. Perut yang sensitif dengan perubahan semasa kehamilan. Pada waktu ini, perut ibu akan lebih peka dengan perubahan hormon dan itu menyebabkan ibu rasa mual dan muntah.
5. Tekanan. Ibu yang hamil dan dalam masa yang sama mempunyai stress atau tekanan maka akan memburukkan lagi keadaan morning sickness ini. Namun tiada teori kukuh yang membuktikan perkara ini kerana secara lojiknya jika ibu asyik muntah dan loya je sudah pasti si ibu akan mengalami rasa tertekan.
Tips Bagaimana Mengatasi Morning Sickness
1. Elakkan makanan berminyak dan pedas. Makanan berikut akan menyebabkan perut tidak selesa seterusnya menambahkan lagi rasa mual.
2. Elakkan makan dengan kuantiti yang banyak sekaligus. Makan sedikit-sedikit tapi boleh diambil secara kerap.
3. Hisap gula-gula halia/peppermint untuk hilangkan loya.
4. Bawa bekalan kudap-kudapan seperti biskut kering, kekacang untuk mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.
5. Ambil vitamin B6 seperti yang terdapat dalam vitamin B. Kenapa perlunya vitamin B6? Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine dan untuk ibu hamil yang alami masalah ini, disyorkan mengambil sebanyak 25mg tiga kali sehari. Boleh diambil sehingga 200mg sehari bagi mengatasi masalah morning sickness.

Ibu Hamil Yang Berisiko Tinggi Mendapat Morning Sickness

  • Jika ibu hamil kembar. Bila hamil kembar, hormon hcg adalah lebih tinggi dan akan tingkatkan risiko ibu mengalami morning sickness.
  • Mempunyai sejarah morning sickness pada kehamilan terdahulu.
  • Mempunyai sejarah ibu atau adik beradik yang mengalami morning sickness. Maka anda mungkin akan juga berisiko tinggi.
  • Ibu mempunyai sejarah migrain.
  • Anda mengandungkan bayi perempuan:)
Tadi Mak Jemah ada cerita yang keadaan morning sickness yang teruk boleh akibatkan Hyperemesis Gravidum kan. Jom baca kisah benar ini.

Kisah Mak Jemah Dan Hyperemesis Gravidum

Masa kehamilan pertama dan kedua Mak Jemah disahkan mengalami Hyperemesis Gravidum. Ia berlaku akibat morning sickness yang terlalu teruk. Masa kehamilan pertama Mak Jemah terpaksa dimasukkan ke wad kerana masalah ini. Tidak boleh langsung masuk makanan mahupun minuman. Semuanya akan dimuntahkan balik sehingga Mak Jemah kehilangan hampir 5kg dalam masa tak sampai sebulan.
Memang siksa dan paling pening kepala adalah suamilah. Kesian suami macam-macam makanan dibawa balik untuk dicuba, tetapi semua tak boleh nak masuk. Masa tu yang paling boleh dimakan adalah laici dalam tin sahaja itupun selepas makan akan muntah balik kesemuanya sampai lembik badan.
Bila ingat kembali mau rasa serik. Bayangkan kita lapar sangat-sangat tapi kita tak boleh nak makan. Siksa bukan? Tapi jangan lupa mungkin itulah pahala yang besar Allah nak bagi betul tak. Siksa sekejap je, bila kandungan sudah masuk 5 bulan keadaan kembali normal.
Ingatkan kehamilan kedua tidak berlaku lagi perkara tersebut. Rupanya sangkaanku meleset. Keadaan sama berulang lagi.

Apakah dia Hyperemesis Gravidum ini?

mabuk hamil

Satu keadaan di mana keadaan morning sickness yang keterlaluan hingga ibu kehilangan cecair dalam badan, hilang berat badan dan langsung tidak boleh menyimpan sebarang tenaga. Boleh lihat di bawah untuk melihat perbezaan antara morning sickness dan hyperemesis gravidarum.

Beza Antara Morning Sickness dan Hyperemesis Gravidarum

Morning Sickness: Loya dan sesekali muntah, loya dan pening beransur berakhir pada minggu ke 12.  Loya dan muntah yang tidak menyebabkan dehidrasi (kehilangan air dalam badan) dan juga muntah tetapi masih boleh menyimpan sedikit makanan dalam badan.
Hyperemesis Gravidarum: Loya dan muntah terlalu kerap. Lota dan pening tidak beransur baik walau sudah masuk minggu ke 12. Muntah hingga menyebabkan dehidrasi pada badan dan juga disebabkan muntah yang terlalu teruk sehingga tiada makanan boleh disimpan dalam badan.
Walaupun masalah morning sickness dan hyperemesis Gravidum ini boleh merisaukan bakal ibu tapi jangan risau, ianya hanyalah sementara. Jadikan perjalanan kehamilan satu memori manis. Walau mabuk dan muntah-muntah tapi selepas habis fasa itu, ibu akan kembali ke normal dan menikmati hari-hari dengan lebih sempurna.
Dan berita baik buat ibu hamil yang alami masalah ini, berbanggalah jika anda hadapi keadaan ini kerana kajian menunjukkan ibu hamil yang mengalami loya dan muntah teruk masa kehamilan menunjukkan yang kandungan mereka sangat sihat.

Apa Nak Buat Jika Tiada Susu Masa Hari Pertama Susukan Bayi?

1:40 AM 0 Comments
Tengok ramai orang ada baby rasa teringin pula nak baby. Wah statement kontroversi ni. Tak payah nak sekarang lah, dari dulu pun memang baby ni selalu di “adore” oleh ramai orang. Apatah lagi baby artis yang selalu menjadi tumpuan ramai.
Tapi bagaimana dengan ibu yang berhasrat mahu susukan bayi mereka sedari hari pertama bayi lahir ke dunia? Ibu muda biasanya sangat perlukan support untuk bantu mereka meneruskan penyusuan susu ibu. Papa jangan lupa support tau!

Pertama Kali Susukan Bayi

Bila agaknya patut ibu mulakan susukan bayinya? Selepas je lahir, bayi dibersihkan dan bermulalah tugas kita sebagai ibu. Ingat, susukan bayi segera mungkin. Ini kerana masa ni adalah masa yang sangat berharga kerana dua perkara:
  1. Adanya cecair emas yang keluar melalui payudara ibu. Apakah cecair emas ini? Ianya adalah kolostrum yang kaya dengan segala zat karbohidrat, protein dan juga antibodi. Inilah istimewanya susu ibu kerana mengandungi antibodi yang tak mungkin dapat diperoleh dalam susu tepung.Tidakkah kita rasa rugi jika membiarkan cecair emas ini terbiar atau tak digunakan?
  2. Susukan bayi kali pertama kerana untuk mewujudkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi. Ia akan mengeratkan “bonding” antara mereka. Yelah takkan kita nak bayi tu “bonding” dengan baby cot je kan. Pastilah nak “bonding” ini yang tidak boleh diperolehi oleh mereka yang memberikan susu botol kepada bayi.
tips susukan bayi kali pertamaKolostrum
Kenapa kolostrum ni sangat popular dan sangat disayangi semua? Kolostrum ni berwarna kuning dan pekat dan likat. Inilah sebenarnya cecair yang patut pertama kali masuk ke dalam perut bayi.
Kerana selain karbohidrat dan protein, antibodinya sangat baik pada bayi. Sebab itu ramai bayi yang pramatang sangat digalakkan untuk diberi susu ibu iaitu kolostrum ni jangan sampai terlepas. Sebab bayi pramatang lebih mudah terkena jangkitan. Bayi biasa pun digalakkan juga, pendek kata semua bayi lah.
Kolostrum ni sikit je keluarnya, mungkin sebanyak satu sudu kecil sahaja tapi khasiatnya hebat. Ia sangat mudah dihadam oleh perut bayi. Salah satu manfaat menarik kolostrum ni juga adalah bantu bayi membuang dengan lebih mudah, kerana ia berfungsi sebagai “laxatif” iaitu agen bantu pembuangan.
Sebab itulah bayi yang mengalami masalah kuning juga digalakkan untuk disusukan dengan kerap bagi membolehkan “bilirubin” dibuang dari badan bayi.
kolostrum dalam susu ibu
    kolostrum vs susu ibu

Apa Nak Buat Jika Tiada Susu Masa Hari Pertama Susukan Bayi?

Pertama sekali sudah tentu bertenang adalah perkara nombor satu.
Perlu difahami semasa hari pertama, susu badan anda tidaklah boleh menjadi banyak mendadak kerana badan sedang dalam tempoh menyusuaikan diri dengan perubahan hormon.
Apa yang anda lihat hanyalah kolstrum yang sangat sedikit itu. Bolehkah bayi anda kenyang?
Ye boleh kerana perut bayi semasa ini hanya perlukan sangat sedikit jumlah susu. Anda boleh rujuk rajah di bawah.
Ok dah rasa tenangkan, di hari-hari terawal kelahiran bayi anda menangis bukanlah sebab perlukan susu kerana jumlah ini telah pun memenuhi keperluan harian mereka. Jangan risau ye ibu-ibu.
Ramai ibu akan mula surrender atau putus asa di awal waktu ini kerana silap faham tentang ini. Rasa tertekan tidak boleh menghasilkan susu yang banyak sedangkan ia adalah NORMAL.
Apa yang anda perlu buat adalah teruskan merangsang pengeluaran susu badan dengan kerap susukan bayi anda mengikut rentak mereka.
Berapa kerap nak susukan bayi? Ikut pada rentak bayi. Biasanya waktu ini meraka hampir pasti nak menyusu je tak kira masa. Jadi berikan sahaja kerana ia boleh merangsang dan menambahkan lagi susu untuk hari-hari mendatang.
Tapi jika bayi anda menghadapi masalah tidak mahu menyusu contohnya, pastikan setiap 2 jam sekali anda kena kosongkan payudara, tidak mengira samada secara penyusuan terus atau pun secara pam.

Mengetahui Konsep Demand & Supply

Perlu dan amat penting ibu semua mengetahui konsep ini. Jika tidak memahami konsep demand & supply inilah yang menyebabkan ibu tewas dalam misi menyusukan anak. Kerana banyak silap faham yang mungkin berlaku sepanjang tempoh menyusukan.
Mak Jemah pernah mengalami peristiwa ini. Masa tu baru dapat anak pertama jadi memang teruja sangat nak susukan anak dengan susu ibu. Masa masih dalam kandungan lagi berazam nak susukan bayi.
Tapi sayangnya ilmu Mak Jemah tentang penyusuan amatlah cetek waktu itu. Ingatkan benda perkara menyusu ni adalah satu perkara semulajadi yang bila melahirkan anak sudah pasti akan automatik pandai dan tahu semua, dan juga susu juga tiada masalah.
Rupanya Mak Jemah silap, kerana sikap terlalu yakin maka Mak Jemah lupa bahawa adaanya konsep ini. Akibat dari ceteknya ilmu masa tu, Mak Jemah menjadi sangat stress dengan keadaan pengeluaran susu badan.
Boleh Mak Jemah bayangkan yang susu badan mesti banyak hingga boleh dipam berbotol-botol waktu awal kelahiran.
Sayang seribu kali sayang, disebabkan rasa tekanan dengan keadaan susu, maka masa tu Mak Jemah mula mencampurkan susu formula dalam penyusuan kerana rasa mesti baby tak cukup susu ni. Mak Jemah taktau masa tu yang itu adalah BIG NO!
Perbuatan mencampurkan susu formula di awal penyusuan boleh menyebabkan kesan buruk lain lagi iaitu Mak Jemah akan terus kehilangan susu…
Makanya sebab peristiwa itu, Mak Jemah telah tewas dan hanya sempat susukan anak semasa tempoh berpantang sahaja, tidak dapat nak teruskan hajat sehingga anak berumur dua tahun. Apa pun Mak Jemah belajar dari kesilapan itu, Mak Jemah bangkit belajar dan cari ilmu penyusuan dan akhirnya berjaya semasa menyusukan anak kedua.
kaedah supply & demand untuk penyusuan ibu

Konsep Demand & Supply
Paling mudah nak difahami adalah, semakin kerap anda susukan bayi, maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Bila ada permintaan maka sudah pasti ada pengeluaran kan. Maka sebab itu konsep ni kena disemat dalam sanubari. Maknanya kita kena susukan anak sekerap mungkin maka sudah pasti pengeluaran susu juga akan menjadi semakin meningkat.
Kenapa bila semakin kerap menyusu, semakin banyak pula susu bertambah? Ini kerana bila anda menyusukan bayi anda, anda telah mengosongkan payudara anda. Dan bila payudara ini dikosongkan, signal ke otak akan menyatakan yang susu dah habis, kena ganti balik ni! Jadi susu baru akan dihasilkan menggantikan yang dah habis tadi.
Jika kita kurang menyusukan bayi, nak tunggu rasa breast penuh baru nak susukan, signal ke otak akan menyatakan ok takpe susu dah cukup ni, tidak perlu keluarkan dengan lebih kerap. Maka semakin lama, kita akan merasakan susu badan akan semakin kurang. Dan akhirnya membuatkan kita putus asa dan tewas dalam perjalanan perjuangan menyusukan anak.

Bantuan Vitamin Semasa Penyusuan

Perlu diingat yang makanlah apa sahaja pun jika tidak memahami konsep demand & supply tadi maka ia tidak akan memberi makna.
Jika sudah memahami konsep itu barulah kita boleh mencuba mengambil supplement untuk kesihatan diri dan juga secara tak langsung boleh tingkatkan keupayaan untuk pengeluaran susu lebih lancar.
Saya tak fikir ini adalah produk magic tapi set menyusu ini  amat serasi dengan fiza kerana fungsi-fungsi tersendiri yang Mak Jemah dah rasa, syukur.
Fiza Mahmod
Shaklee Independent Distributor

Tuesday, March 24

Khas untuk Sang SUAMI

7:18 AM 0 Comments
Al Kisah..
Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku. 

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Suami menjawab,"Ya, mahu."

Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."

Rasulullah bersabda:
"ู„َูˆْ ุฃَู†َّ ู„ِุงุจْู†ِ ุขุฏَู…َ ูˆَุงุฏِูŠًุง ู…ِู†ْ ุฐَู‡َุจٍ ุฃَุญَุจَّ ุฃَู†ْ ูŠَูƒُูˆู†َ ู„َู‡ُ ุซَุงู†ِูŠًุง، ูˆَู„َู†ْ ูŠَู…ْู„ุฃَ ูَุงู‡ُ ุฅِู„ุง ุงู„ุชُّุฑَุงุจُ، ูˆَูŠَุชُูˆุจُ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َู‰ ู…َู†ْ ุชَุงุจَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"

Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."
Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU


Wednesday, March 18

JATUH CINTA DGN ESP!!

10:17 AM 0 Comments
Ramai yang sudah jatuh cinta dengan ESP dari shaklee ni. Antara hot selling produk juga dgn byk khasiatnya..

Ramai juga yg pernah beli tapi kate xsedap TERMASUKlah saya mase memula dulu.. Sebab xda ILMU @ CARA yg betul minumnya.. Dah tau je, amboi sodapnya..lomak lomak sodap ko..
So nk bgtau knp ramai yg jatuh cinta dgn ESP ni..

# mengamalkan ESP akan buat kulit muka dan badan ye jadi CANTIK,  HALUS, GEBU & BERSERI SERI
# menganjalkan apa yang kendur samada payudara dan kulit
# sebagai ENERGY DRINK, badan bertambah bertenaga dan kurangkan rase letih
# MILK BOOSTER utk ibu menyusu
# susu jadi PEKAT, LEMAK BERKRIM DISUKAI RAMAI..bapak n anak le tu.haha
# baby akan kurang meragam dan cepat kenyang sbb susu pekat dan insya allah cukup zatnya
# IBU MENGANDUNG: bantu perkembangan fetus dan kesihatan tahap optimum ( biasanya baby jadi cantik kulit, putih, sihat dan bobot)
# NAK KURUS?? Minum ni utk kenyang lama cikit kenyang
# menghilangkan parut jerawat
# kurangkan masalah kulit & eczema

Tapi paling penting kalu nk amik ape saje suplement, sila lah detox diri tu dulu ye..baru lah cepat kesan nya..

Banyak kan minun air juga adalah wajib. Tapi ramai yg telah berjaya banyak kebaikan dalam satu suplement ni..SODAP LAK TU..
Marilah kita sama sama sihat






Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Fiza
Hubungi Fiza untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 

Rakan Shaklee Anda
Fiza Mahmod 
SMS/WhatsApp : +60133461846
Personal FB : Puan Fiza
Instagram: @cantiksihatfiza

HEBATNYA SUSU IBU

9:24 AM 0 Comments

SUSU IBU YG TERBAIK!!!

Sgt respek para ibu yang bekerja dan masih boleh menyusu badan.wahh mmg sangat HEBAT.

Tapi ramai juga yg lepaa tangan dgn alasan tiada susu. Fahami konsep penyusuan dan mindset. Insya allah..ramai yg buat

Susu ibu juga dipanggil "titisan emas" dalam microskop..terlalu byk kebaikan JANGKA MASA PANJANG.. Bab pahala xperlu cakap lah, setiap titisan dikira pahala.

Tapi para ibu juga perlu makan dan minum yg berkhasiat maka dapat la khasiat yg baik utk anak..cukuplah zat anak tu. Insya allah.

Jom para mummy, kuatkan semangat. Lakukan utk PAHALA dan KEBAIKAN JANGKA MASA PANJANG..

Suplement juga sangat penting ye. Supaya anak dan ibu dapat zat yg mencukupi.. Bukan just sumbat je.

Macam saya sendiri saya amalkan set penyusuan shaklee. Paling penting ESP, ALFALFA DAN OSTEMATRIX

Selain tu, banyakkan minum air, fahami konsep supply n demand dan juga mindset.

Jom perbanyakkan pahala
Jom beri anak susu ibu

Fiza mahmod
Shaklee Independent Distributor
+6 0102952129
FB: Puan Fiza


Sunday, March 15

25 SEBAB SET BERSALIN SHAKLEE ADALAH TERBAIK

6:40 AM 0 Comments

25 Sebab Mengapa Set Bersalin SHAKLEE Set Bersalin Terbaik Buat Ibu-ibu Semasa Berpantang


  1. Nutrisi yang MENCUKUPI dan MEMENUHI keperluan tubuh badan wanita selepas bersalin yang sedang berpantang makan dan dah tentu kurang nutrisi, yang menyebabkan badan letih, lesu dan luka bersalin lambat sembuh.
  2. Membantu mengurangkan tekanan fizikal dan emosi ibu berpantang ( elak risiko gila meroyan atau "post-natal depression"))
  3. Membantu ibu membuang air besar dengan lebih mudah tanpa perlu ada rasa takut 
  4. Luka bersalin episotomi lebih cepat sembuh
  5. Luka bersalin ceaseran lebih cepat kering dan sembuh
  6. Boleh mula ambil sejurus selepas melahirkan bayi
  7. Lawas 
  8. Hilang sakit pinggang dan lenguh badan
  9. Mudah ditelan
  10. Tiada rasa pelik dan meloyakan
  11. Membantu memperbanyakkan susu ibu apabila ibu sihat dan cergas 
  12. Mengecutkan rahim
  13. Membantu ibu-ibu lebih langsing
  14. Mencantikkan kulit kesan daripada alahan semasa hamil sebelum ini
  15. Kesihatan dalaman secara menyeluruh
  16. Sentiasa cergas dan bertenaga walaupun terpaksa berjaga waktu malam
  17. Fikiran lebih tenang dan kurang tekanan (stress)
  18. Menstabilkan semula hormon ibu selepas bersalin
  19. Membantu menghilangkan cela dan jeragat pada wajah kesan alahan semasa hamil
  20. Elakkan bayi kembung
  21. Tumbesaran bayi stabil 
  22. Sesuai untuk ibu menyusu bayi pra-matang
  23. Tidak perlu jamu lagi, cukup dengan set bersalin Shaklee sahaja
  24. Tingkatkan sistem imun ibu dan bayi, agar tidak mudah dijangkiti demam atau selsema
  25. Set Bersalin yang JIMAT kerana boleh terus ambil walaupun sudah habis tempoh berpantang

Kebaikan Set Bersalin Shaklee Yang Disyorkan Untuk Ibu-ibu Selepas Bersalin  


(1) Zinc Complex 
  • membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda.
  • Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
(2) Vita-Lea Iron Formula (multivitamin)
  • penambah tenaga segera
  • pelengkap nutrisi wanita dalam pantang 
  • membantu pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan)
  • Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin
(3) Sustained Release Vita-C (bioflavanoid complex)
  • penting untuk pembentukan kolagen
  • mempercepatkan penyembuhan luka
  • memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
(4) B-Complex (folic acid)
  • menukarkan lemak, karbohidrat dan protin dalam makanan kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
  • penenang (anti-stress)
  • elak kemurungan (meroyan)
  • menstabilkan hormon
  • mencantikkan kulit
  • merawat masalah rambut gugur, masalah kulit kepala, kelemumur, beruban dan masalah kesihatan rambut yang lain
  • meredakan keresahan, kerisauan dan masalah penghadaman
  • mengurangkan alahan
5) ESP Soy Protein Isolate Powder (protin soya non-GMO)
  • mengandungi asid amino penting untuk membina baru otot, kuku, darah, organ, kulit dan lain-lain (rahsia awet muda)
  • merendahkan paras kolesterol
  • membantu ibu sentiasa bertenaga dan kenyang (boleh kuruskan badan)
  • membantu untuk mengurangkan masalah rambut gugur dan beruban
6) GLA Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  • Membantu dalam menangani menopos
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf


Perlukan milk booster? Anda boleh add on Alfalfa Complex, yang terkenal sebagai milk boosterterbaik dan selamat untuk ibu dan bayi.


Hubungi saya untuk info lanjut;

Mama Fiza
Shaklee Independent Distributor : 1173435
WhatsApp/Telegram : +6 010 295 2129